nami

Uhh aku rasa takut.. terasa bagai ada tali sedang menjerut ususku. Mengapa? Sebab tahun baru semakin dekat. Lagi 15 hari, muncullah 2010. Aku takut kerana masa depan begitu kabur bagiku. Dulu aku sendiri, kini masih sendiri. Bagaimana hari esok ?? yang lebih aku takuti, kadang-kadang aku tidak berperasaan pun terhadap perkara ini. Aku masih boleh relax, walaupun ramai rakan taulan sudahpun berkeluarga, dan aku masih sendiri. Tidak dinafikan, ada ketika-ketika yang aku akan terasa blues bila memikirkan isu ini. Tapi kebanyakan waktunya, aku masih bersahaja.



Dan waktu ini adalah waktu sahabatku blues datang bertandang. Ya, pastilah kerana 2009 sudah nak tutup kedai, jadi dia datang menjengah.



Bila blues datang bertandang, aku selalu bersembang dengannya, mengapa susah sangat jodoh nak datang cari aku? Sesatkah dia? Atau kami saling berselisih semasa masing-masing sedang membuat U-turn di highway? Atau dia sedang mencariku di kanan sedangkan aku sedang mencarinya di kiri? Atau dia sedang duduk mengutip syiling 50 sen yang terjatuh semasa aku sedang memandang ke arahnya lalu aku terlepas pandang?? Huu itulah dinamakan jodoh belum sampai.. ada juga kemungkinan jodohku sudah terkorban di tengah jalan? Sebab itu sampai sekarang aku tidak ketemunya?? dan pernah juga beberapa kali aku tersalah orang. mengapa aku ditemukan dengan orang yang salah? Sungguh banyak persoalan yang blues tidak dapat memberikan jawapan kepadaku.



Apa kurangnya aku? Burukkah? Terukkah? Blues memandangku atas ke bawah, luar dan dalam. Dia geleng-geleng kepala. Adakah kau terlalu memilih? Tanya blues. Aku membulatkan mata. Tentulah!! Balasku pantas dan tegas. Kita cari pasangan seumur hidup, mestilah kena pilih. Mana boleh main tangkap muat. Mesti mahu tangkap – ukur, muat tak? – kalau muat barulah sumbat. Kalau tak muat lepaslah balik. Pemancing ikan pun lepas balik kalau terpancing ikan kecil. Nak memancing, mestilah mahu ikan besar.. ikan apa yang kau cari? Jerungkah? Tunakah? Lumba-lumbakah? Tanyanya lagi. Aku tak mahu ikan besar, nanti kail aku patah.. kalau pun kail aku teguh, aku sendiri ditarik ke laut dan lemas. Aku cuma mahu seekor ikan yang cukup untuk kubuat lauk untuk makanan tengahariku. Kalau dapat ikan besar, Alhamdulillah.. boleh masak lebih bagi dekat jiran sebelah. Blues angguk-angguk kepala, mungkin setuju dengan metáfora yang kuberikan. Mungkin juga dia tidak begitu setuju, tapi malas untuk memanjangkan isu.



Aku memintal-mintal hujung rambut blues, sambil fikiran jauh menerawang entah ke mana. Sesekali aku mengeluh, seringkali disusuli dengan keluhan blues yang rimas dengan kelakuanku. Blues yang semakin rimas denganku, semakin menjengkelkan aku. Lantas kujentik dahinya dan lesaplah blues dari pandanganku. Aku mengeluh lagi.



Dari ekor mataku, aku ternampak azam sedang melayang-layang diterbangkan angin. Lantas kugamitnya ke mari. Dengan semangat sekali dia terbang dan duduk bertimpuh di hadapanku. Tahun ni teruk kan? Tanyanya spontan. Keningku terangkat bagai kening The Rock. Macam mana kau tahu? Dia gelak-gelak sinis. Dari batu 5 aku dengar kau mengeluh tak henti-henti, selorohnya. Aku mengeluh lagi. Dan dia tergelak lagi.



Tahun 2008, banyak betul pencapaian aku dalam hidup, mulaku. Azam mendengar dengan tekun. Tapi tahun ni, aku rasa aku tiada pencapaian.. kehilangan tu, adalah.. Aku menjeling azam. Wajahnya agak berkerut, tidak faham apa yang aku maksudkan. Aku tak nak ulas, kalau kau ingin tahu, pergi lah baca entry blogku yang lepas. Ujarku acuh tak acuh. Azam menjelir lidah padaku, mungkin tension dengan sikapku.



Tahun depan, banyak benda akan berubah. Aku akan balik ke main office, tidak lagi dihantar bekerja di client site di cyberjaya. Aku akan mula terlibat dengan projek baru, yang semestinya amat sukar. Dan mungkin akan ditugaskan pegang sekurang-kurangnya 2 projek sekaligus, sebab projek tengah banyak, dan team kekurangan tenaga kerja. Jadi, kerja akan semakin teruk tahun depan. Kemungkinan untuk kerja sampai malam setiap hari memang amat tinggi.



Bukan kah itu perkara bagus?? Bukankah itu yang kau harapkan sejak kau dipaksa masuk ke support team? Azam mencelah. Betul, memang itu yang aku inginkan, sebab kerja sebagai support, aku tak banyak belajar. Aku suka boleh masuk balik project team. Tapi, kalau terlalu kerja lebih macam tu, tak dapat lah aku tumpukan pada kerja luarku. Giliran azam pula menjongket kening bagai The Rock. Aku pun mengulas, macam ni.. aku dan kawan-kawan aku baru mula kompeni sendiri. Sebelum ni kami buat part-time, kerja dengan orang untuk buat duit lebih. Tapi sekarang kami dah mula buat sendiri, harapannya, suatu hari nanti software house kami akan maju. kalau nanti aku kena kerja teruk kat ofis, susah lah aku nak beri komitmen pada kompeni aku.




dan lagi, impian aku tahun depan, nak mula aktifkan dana pelancongan ke luar negara pula. walaupun malaysia banyak tempat menarik, tempat-tempat yang menarik hati aku, dah pun aku sampai.. pulau tioman, perhentian, redang, cameron highland, pulau langkawi (christmas nih). untuk tahun depan, aku dah pun beli tiket ke krabi/phuket. kalau panjang umur, sampai lah aku ke sana. alangkah best kalau boleh pergi europe ke, jepun, korea.. dan aku juga berimpian nak scuba diving, mungkin ke Sipadan (tapi mungkin ambil lesen di perhentian).




nah, banyak impian yang ingin dicapai. jadi memang aku kena berusaha jayakan T******h bersama teman-teman seperjuanganku.




hm.. bolehkah aku bertanya sesuatu yang off-topic? tanya si azam. aku angguk. mengapa kali ini gaya penulisan kau serupa blues? adakah kau baru saja disampuk blues? aku senyum. ya, betul. blues baru saja singgah memporak-perandakan perasaan aku. maklumlah, sudah hampir tahun baru. sebab itu lah aku boleh ternampak kau merayau-rayau, sebab ini musim kau terhangat di pasaran, selorohku. azam tersengih bangga.




tapi, gaya penulisan aku begini mempunyai sebab lain di sebaliknya, tambahku. aku bercadang untuk mula menulis. mungkin kau tak tahu, tapi sewaktu aku masih bersekolah, aku pernah menyiapkan 2 buah novel. hehe, walaupun tidaklah sebagus mana, tapi aku punya peminat di kalangan kawan-kawan adikku (dia curi-curi bawa novelku ke asramanya). dan sambutannya agak bagus, ada beberapa orang yang bertanyakan hasil baru dariku. tapi aku adalah seorang yang malas, setakat itu saja usahaku. dan kini, aku mula terasa ingin mula menulis. masih banyak yang perlu aku pelajari, dan aku perlu banyak ilmu untuk jadi penulis, jadi aku perlu banyak berusaha. tapi memang suka membaca. jadi, asalkan aku punya masa, insya Allah aku boleh jayakan hobi ini.




hairan kerana tiada respon dari si azam, kutoleh ke arahnya. lah.. sudah pun tertidur. agaknya terlalu bosan dengan gaya penulisan ku ini. perlahan-lahan supaya tidak mengejutkannya dari lena, aku lipat azam menjadi origami berbentuk bunga ros, dan kumasukkan ke pasu bunga. ya, pastinya tidak akan layu..


nami
Tbe2 haku terasa nak blogging mlm2 jumaat nih. tggl sejam lagih bleh laa aku blk rumah, the start of my weekend. Yup, aku masih di opis. Time2 gni mula lah aku rajin merayau2 di ruang cyber. ohoho

Td Bart ada send email kat aku, psl otak kotor akibat makan sushi. Maka aku pon bacalah artikel tersebut, tanpa berani utk melihat gambar yg di attach sekali. hehe seb baik ada warning ckp gambo x best utk ditonton oleh insan berhati lembut cam haku. kiki. dan seperti biasa, time2 lahu macam ni aku mmg rajin buat research di tenet, carik laa pape artikel yg menyokong kenyataan ini.

Dan terjumpalah aku artikel ini: Is it safe to eat sushi? Menurut artikel ni, ikan mentah terutamanya tuna & swordfish (ikan todak..?) zaman skang nih da byk terdedah ngn pencemaran, oleh itu ikan2 ni da serap byk kandungan mercury yg semestinya mmg x bagus utk sistem badan manusia. masih bleh dimakan, tp dlm kuantiti yg sket aje. Menurut artikel tuh, klo seminggu da makan byk ikan tuna tuh, seminggu dua lepas tuh jangan la makan lagi, biar mercury level lam badan kita da turun, pastu bleh laa consume lagi. Macam tu lah lebeh kuang yg aku baca tu. Tak ter over rajin la plak nk buat kajian menyeluruh. Sekadar ckup untuk menyedapkan ati sendiri untuk terus menikmati sushi di masa akan datang.. :P Lagipon aku santap sushi ada laa 3 4 bln sekali.. itupon aku amek 2 ketul jek smoked salmon sushi. tekak aku nih blom ckup advance utk telan sushi mentah.ngehehehe

hmm.. tp cmn plak ngan pengambilan oyster yek? aku penah telan sbijik oyster mentah. err... perasaan yg sukar digambar. aku heran cemana omputih suka telan benda nih mentah2. aku cuba2 search, ropanya kat Mexico da kuar announcement bln lepas utk ban pengambilan oyster mentah, sbb ia mengandungi bacteria (yang aku malas nk search). da kuar announcement tuh, pusu2 dorg g telan oyster byk2 macam da xde esok, sbb nnt da ssh nk jumpa lg. macam ni ler manusia, yg xleh tu laa, lagi dia nk..

Ohh, 1 lg point yg aku nk share di sini, juga credit dari artikel di atas: sushi yg disediakan dari ikan yg telah dimasak, bagus utk kesihatan - rendah kalori, rendah lemak dan berkhasiat, asalkan kita berwaspada dengan pengambilan kicap dan bahan2 tambahan lain (err mungkin wasabi) sbb ini akan meningkatkan kadar sodium yg terpaksa diterima oleh tubuh.

sekian saja.. da hampir waktu balik yosh!! tak sabar tunggu esok, nk tgk new moon & ninja assassin. :D

[edited] uhuu da sahih pasnih kena buat sdr klo tingin sgt nk mkn sushi.. aku igt klo masuk sake direct masa masak nasi tuh baru dikira haram. dan klo guna cuka dia sepatutnya halal lah. tapi ropa2nya cuka beras yg dorg guna tuh sdr diperbuat ngn sake. huhu ku baru taw~~ wpon tatau sushi kat jusco dorg pakai cuka apa, tp da bangkit was2 tuh da x bleh lagi..

Japanese rice vinegar (米酢 or simply 酢(lit. vinegar)) is very mild and mellow and ranges in colour from colourless to pale yellow. There are two distinct types of Japanese vinegar: one is made from fermented rice and the other, known as awasezu or seasoned rice vinegar is made by adding sake, salt and sugar. Seasoned rice vinegar is used in sushi and in salad dressing varieties popular in the west, such as ginger or sesame dressing. credit dari http://en.wikipedia.org/wiki/Rice_vinegar[/edited]