nami

Uhh aku rasa takut.. terasa bagai ada tali sedang menjerut ususku. Mengapa? Sebab tahun baru semakin dekat. Lagi 15 hari, muncullah 2010. Aku takut kerana masa depan begitu kabur bagiku. Dulu aku sendiri, kini masih sendiri. Bagaimana hari esok ?? yang lebih aku takuti, kadang-kadang aku tidak berperasaan pun terhadap perkara ini. Aku masih boleh relax, walaupun ramai rakan taulan sudahpun berkeluarga, dan aku masih sendiri. Tidak dinafikan, ada ketika-ketika yang aku akan terasa blues bila memikirkan isu ini. Tapi kebanyakan waktunya, aku masih bersahaja.



Dan waktu ini adalah waktu sahabatku blues datang bertandang. Ya, pastilah kerana 2009 sudah nak tutup kedai, jadi dia datang menjengah.



Bila blues datang bertandang, aku selalu bersembang dengannya, mengapa susah sangat jodoh nak datang cari aku? Sesatkah dia? Atau kami saling berselisih semasa masing-masing sedang membuat U-turn di highway? Atau dia sedang mencariku di kanan sedangkan aku sedang mencarinya di kiri? Atau dia sedang duduk mengutip syiling 50 sen yang terjatuh semasa aku sedang memandang ke arahnya lalu aku terlepas pandang?? Huu itulah dinamakan jodoh belum sampai.. ada juga kemungkinan jodohku sudah terkorban di tengah jalan? Sebab itu sampai sekarang aku tidak ketemunya?? dan pernah juga beberapa kali aku tersalah orang. mengapa aku ditemukan dengan orang yang salah? Sungguh banyak persoalan yang blues tidak dapat memberikan jawapan kepadaku.



Apa kurangnya aku? Burukkah? Terukkah? Blues memandangku atas ke bawah, luar dan dalam. Dia geleng-geleng kepala. Adakah kau terlalu memilih? Tanya blues. Aku membulatkan mata. Tentulah!! Balasku pantas dan tegas. Kita cari pasangan seumur hidup, mestilah kena pilih. Mana boleh main tangkap muat. Mesti mahu tangkap – ukur, muat tak? – kalau muat barulah sumbat. Kalau tak muat lepaslah balik. Pemancing ikan pun lepas balik kalau terpancing ikan kecil. Nak memancing, mestilah mahu ikan besar.. ikan apa yang kau cari? Jerungkah? Tunakah? Lumba-lumbakah? Tanyanya lagi. Aku tak mahu ikan besar, nanti kail aku patah.. kalau pun kail aku teguh, aku sendiri ditarik ke laut dan lemas. Aku cuma mahu seekor ikan yang cukup untuk kubuat lauk untuk makanan tengahariku. Kalau dapat ikan besar, Alhamdulillah.. boleh masak lebih bagi dekat jiran sebelah. Blues angguk-angguk kepala, mungkin setuju dengan metáfora yang kuberikan. Mungkin juga dia tidak begitu setuju, tapi malas untuk memanjangkan isu.



Aku memintal-mintal hujung rambut blues, sambil fikiran jauh menerawang entah ke mana. Sesekali aku mengeluh, seringkali disusuli dengan keluhan blues yang rimas dengan kelakuanku. Blues yang semakin rimas denganku, semakin menjengkelkan aku. Lantas kujentik dahinya dan lesaplah blues dari pandanganku. Aku mengeluh lagi.



Dari ekor mataku, aku ternampak azam sedang melayang-layang diterbangkan angin. Lantas kugamitnya ke mari. Dengan semangat sekali dia terbang dan duduk bertimpuh di hadapanku. Tahun ni teruk kan? Tanyanya spontan. Keningku terangkat bagai kening The Rock. Macam mana kau tahu? Dia gelak-gelak sinis. Dari batu 5 aku dengar kau mengeluh tak henti-henti, selorohnya. Aku mengeluh lagi. Dan dia tergelak lagi.



Tahun 2008, banyak betul pencapaian aku dalam hidup, mulaku. Azam mendengar dengan tekun. Tapi tahun ni, aku rasa aku tiada pencapaian.. kehilangan tu, adalah.. Aku menjeling azam. Wajahnya agak berkerut, tidak faham apa yang aku maksudkan. Aku tak nak ulas, kalau kau ingin tahu, pergi lah baca entry blogku yang lepas. Ujarku acuh tak acuh. Azam menjelir lidah padaku, mungkin tension dengan sikapku.



Tahun depan, banyak benda akan berubah. Aku akan balik ke main office, tidak lagi dihantar bekerja di client site di cyberjaya. Aku akan mula terlibat dengan projek baru, yang semestinya amat sukar. Dan mungkin akan ditugaskan pegang sekurang-kurangnya 2 projek sekaligus, sebab projek tengah banyak, dan team kekurangan tenaga kerja. Jadi, kerja akan semakin teruk tahun depan. Kemungkinan untuk kerja sampai malam setiap hari memang amat tinggi.



Bukan kah itu perkara bagus?? Bukankah itu yang kau harapkan sejak kau dipaksa masuk ke support team? Azam mencelah. Betul, memang itu yang aku inginkan, sebab kerja sebagai support, aku tak banyak belajar. Aku suka boleh masuk balik project team. Tapi, kalau terlalu kerja lebih macam tu, tak dapat lah aku tumpukan pada kerja luarku. Giliran azam pula menjongket kening bagai The Rock. Aku pun mengulas, macam ni.. aku dan kawan-kawan aku baru mula kompeni sendiri. Sebelum ni kami buat part-time, kerja dengan orang untuk buat duit lebih. Tapi sekarang kami dah mula buat sendiri, harapannya, suatu hari nanti software house kami akan maju. kalau nanti aku kena kerja teruk kat ofis, susah lah aku nak beri komitmen pada kompeni aku.




dan lagi, impian aku tahun depan, nak mula aktifkan dana pelancongan ke luar negara pula. walaupun malaysia banyak tempat menarik, tempat-tempat yang menarik hati aku, dah pun aku sampai.. pulau tioman, perhentian, redang, cameron highland, pulau langkawi (christmas nih). untuk tahun depan, aku dah pun beli tiket ke krabi/phuket. kalau panjang umur, sampai lah aku ke sana. alangkah best kalau boleh pergi europe ke, jepun, korea.. dan aku juga berimpian nak scuba diving, mungkin ke Sipadan (tapi mungkin ambil lesen di perhentian).




nah, banyak impian yang ingin dicapai. jadi memang aku kena berusaha jayakan T******h bersama teman-teman seperjuanganku.




hm.. bolehkah aku bertanya sesuatu yang off-topic? tanya si azam. aku angguk. mengapa kali ini gaya penulisan kau serupa blues? adakah kau baru saja disampuk blues? aku senyum. ya, betul. blues baru saja singgah memporak-perandakan perasaan aku. maklumlah, sudah hampir tahun baru. sebab itu lah aku boleh ternampak kau merayau-rayau, sebab ini musim kau terhangat di pasaran, selorohku. azam tersengih bangga.




tapi, gaya penulisan aku begini mempunyai sebab lain di sebaliknya, tambahku. aku bercadang untuk mula menulis. mungkin kau tak tahu, tapi sewaktu aku masih bersekolah, aku pernah menyiapkan 2 buah novel. hehe, walaupun tidaklah sebagus mana, tapi aku punya peminat di kalangan kawan-kawan adikku (dia curi-curi bawa novelku ke asramanya). dan sambutannya agak bagus, ada beberapa orang yang bertanyakan hasil baru dariku. tapi aku adalah seorang yang malas, setakat itu saja usahaku. dan kini, aku mula terasa ingin mula menulis. masih banyak yang perlu aku pelajari, dan aku perlu banyak ilmu untuk jadi penulis, jadi aku perlu banyak berusaha. tapi memang suka membaca. jadi, asalkan aku punya masa, insya Allah aku boleh jayakan hobi ini.




hairan kerana tiada respon dari si azam, kutoleh ke arahnya. lah.. sudah pun tertidur. agaknya terlalu bosan dengan gaya penulisan ku ini. perlahan-lahan supaya tidak mengejutkannya dari lena, aku lipat azam menjadi origami berbentuk bunga ros, dan kumasukkan ke pasu bunga. ya, pastinya tidak akan layu..


Labels: , , edit post
4 Responses
  1. syira Says:

    perghh...best tol ntry ko ni ajera chan..neway..kabare?lame giler x dgr citer..semoga sehat sokmo..


  2. nami Says:

    wehh syi-chan!! hehe mmg btol, lama gler x dgr cite.

    thanks for the comment *wink*


  3. pis_san Says:

    pergh... menusuk kalbu sungguh anda punya ayat...

    akak sedih nyah dengar citer nyah... akak ingat nyah tiru dari novel sape tadi... tapi akak sedar yang nyah ni betol2 berbakat hahhahahha.


    keep up the good work hazra.. I'm rooting for you...

    releks beb.. kalau ader jodoh tak ke mana.. hahha you already join my club...

    hahha

    syira please back off.. huahuahua


  4. nami Says:

    ngehee arigatou hapis-san. writing gambaremasu~~

    sedeh masa2 blues jek. masa normal cenggini xde pape pon. ahahahha.. klo ada, adaler.. klu xde xleh buat apa.. there must be a reason behind it ;)


Post a Comment